PENTING

Permohonan ini perlu disertakan dengan surat pengesahan majikan. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.. *

Contoh Surat Pengesahan Majikan

SYARAT PERMOHONAN PPA1M PUTRAJAYA

  1. Semua penjawat awam dari kesemua gred jawatan boleh memohon

  2. Warganegara Malaysia

  3. Penjawat awam yang telah berpencen dan kontrak juga layak memohon

  4. Boleh memohon lebih dari 1 projek pada satu-satu masa, namun pemohon boleh ditawarkan salah satu projek sahaja bagi setiap isi rumah (sekiranya berjaya)

  5. Moratorium selama 10 tahun akan dikenakan di mana rumah yang dibeli tidak boleh dipindah milik atau dijual tanpa kebenaran Kerajaan kecuali kepada waris terdekat seperti suami / isteri atau anak-anak